YB Dato’ Sri Ramanan Sembah Menghadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak

LocalPolitics
17 Mar 2026 • 10:17 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

YB Dato’ Sri Ramanan Sembah Menghadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak

YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan telah diperkenankan untuk sembah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah di Istana Perak pada pagi Isnin lalu.

image is not available

Dalam sesi menghadap tersebut, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan telah mempersembahkan taklimat kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan mengenai perkembangan serta hala tuju Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), selain memaklumkan status terkini pembinaan sebuah Pusat Rehabilitasi PERKESO yang baharu di negeri Perak.

Taklimat tersebut turut merangkumi cadangan nama pusat rehabilitasi berkenaan serta permohonan perkenan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berhubung tarikh bagi Tuanku mencemar duli berangkat merasmikan pusat rehabilitasi tersebut kelak.

image is not available

YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan turut merakamkan setinggi-tinggi junjungan kasih atas perkenan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan menerima sembah menghadap serta atas keprihatinan Tuanku terhadap pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program yang memberi manfaat kepada rakyat.

image is not available

Menurut beliau, segala nasihat dan pandangan yang dizahirkan oleh Tuanku amat bermakna serta menjadi panduan dalam memastikan setiap inisiatif yang dirangka dapat dilaksanakan dengan sebaiknya demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara.

image is not available

Turut hadir dalam sesi sembah menghadap tersebut ialah Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Antarabangsa) KESUMA, YBrs. Dr. Haji Mohd Shaharin bin Umar; Pengerusi Lembaga PERKESO, YBhg. Dato’ Sri Subahan Kamal; Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman bin Aziz Mohammed; serta Pengarah Eksekutif Pusat Rehabilitasi PERKESO, YBhg. Datuk Dr. Hafez Hussain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved