HRD Corp sumbang lebih RM130,000 kepada 1,000 penerima menerusi Ziarah MADANI Ihya Ramadan

LocalPolitics
15 Mar 2026 • 9:00 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

HRD Corp sumbang lebih RM130,000 kepada 1,000 penerima menerusi Ziarah MADANI Ihya Ramadan image is not available johardy15/03/2026 - 09:00 Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan memberi ucapan di program Ziarah MADANI Ihya Ramadan 2026 - Gambar HRDF Corp Oleh JOHARDY IBRAHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 15 Mac - Human Resource Development Corporation (HRD Corp) menyumbang lebih RM130,000 kepada 1,000 penerima melalui program Ziarah MADANI Ihya Ramadan 2026, sebagai usaha membantu golongan memerlukan dan memperkukuh hubungan komuniti sempena bulan Ramadan.

 

Majlis penyerahan sumbangan berlangsung di Dewan Serbaguna Seksyen 7, Kota Damansara dan disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan.

 

Antara bantuan yang diagihkan ialah 700 bekas bubur lambuk dan 1,000 Bakul MADANI berisi barangan keperluan asas kepada keluarga yang memerlukan.

 

Sebahagian daripada jumlah sumbangan turut disalurkan dalam bentuk bantuan tunai berjumlah RM20,000 kepada tiga rumah anak yatim dan sebuah pusat tahfiz, sebagai sebahagian komitmen berterusan HRD Corp terhadap kebajikan masyarakat.


 

image is not available

 

image is not available



Dato’ Sri Ramanan berkata inisiatif seperti Ziarah MADANI Ihya Ramadan mencerminkan semangat kebersamaan yang menjadi teras Malaysia MADANI, selain menekankan pelaksanaan program kebajikan, peningkatan ekonomi melalui pekerjaan dan program TVET serta perlindungan sosial bagi pekerja gig menerusi akta baharu.

 

“Sumbangan ini bukan sahaja menzahirkan keprihatinan masyarakat, malah selari dengan usaha kerajaan memperkukuh perlindungan sosial dan peluang ekonomi untuk rakyat,” katanya.

 

Ketua Eksekutif HRD Corp, Dato’ Shamir Aziz berkata program ini selari dengan misi agensi untuk membangunkan modal insan yang memberi manfaat bukan sahaja kepada pasaran kerja tetapi juga kesejahteraan komuniti.

 

“Pembangunan kemahiran bukan sekadar soal pekerjaan, tetapi membuka peluang kehidupan yang lebih baik kepada rakyat,” kata beliau.

 

Program turut diisi dengan aktiviti penyediaan dan agihan bubur lambuk, majlis berbuka puasa bersama penduduk serta sesi tazkirah untuk memupuk perpaduan setempat.

 

Turut hadir ialah pegawai kanan Kementerian Sumber Manusia, termasuk Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) Dr. Mohd Shaharin Umar dan Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Sutekno Ahmad Belon, selain Pengerusi Lembaga Pengarah HRD Corp, Datuk Abu Huraira Abu Yazid serta pemimpin komuniti dan wakil media.

 

HRD Corp menyatakan komitmen untuk meneruskan inisiatif yang menggabungkan pembangunan kemahiran dan penglibatan komuniti bagi memperkasa peluang ekonomi dan sosial buat rakyat. - DagangNews.com

Terkini standard image is not available image is not available image is not available image is not available
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved