YB Duyong sebak keprihatinan rakyat kumpul RM55,000 dalam sejam untuk bayi leukemia

LocalHealth & Fitness
3 Oct 2026 • 2:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: YB Duyong sebak keprihatinan rakyat kumpul RM55,000 dalam sejam untuk bayi leukemia

MELAKA – Keprihatian rakyat negara ni tanpa mengira kaum tampil membantu menghulurkan sumbangan kepada seorang bayi lelaki yang menghidap leukemia menyentuh hati penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halim.

Hanya sejam selepas kisah Muhammad Fyrraz Haydar Abdul Fattah yang berusia lapan bulan itu dikongsi di media sosial milknya, sumbangan sebanyak RM55,000 berjaya dikumpul sehingga kutipan terpaksa ditutup.

Mohd. Noor Helmy berkata, bayi tersebut memerlukan RM61,000 bagi menjalani pemindahan sum sum tulang di sebuah pusat perubatan dan keluarganya menerima bantuan awal RM30,000 daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sebelum ini.

Mereka bagaimanapun masih memerlukan RM31,000 lagi lalu beliau mengambil inisiatif berkongsi kisah bayi Fyrraz bagi mendapatkan bantuan orang ramai.

“Alhamdulillah, dalam sejam terkumpul RM55,000, saya sendiri sebak melihat keprihatinan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia memang baik hati, kes ini diyakini benar.

“Apabila isu yang dihadapi dapat diterangkan dengan jelas, orang ramai faham dan terus tampil membantu,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kutipan kemudian ditutup selepas jumlah sumbangan diterima dianggap mencukupi untuk membantu keperluan rawatan Fyrraz.

Katanya, keprihatinan rakyat Malaysia dalam tempoh singkat itu amat bermakna buat keluarga Fyrraz yang sedang berdepan kos rawatan tinggi.

“Fyrraz kini berusia lapan bulan dan sudah menjalani tiga kali rawatan kemoterapi sejak berusia enam bulan. Dia kini memerlukan pemindahan sum sum tulang daripada bapanya bagi meneruskan rawatan.

“Prosedur itu perlu dilakukan secepat mungkin,” katanya.

The post YB Duyong sebak keprihatinan rakyat kumpul RM55,000 dalam sejam untuk bayi leukemia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved