Rakyat Duyong buat sembahyang khas, mahu YB Helmy kembali terpilih jadi calon ADUN

LocalPolitics
22 Sep 2026 • 3:58 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem berkongsi hantaran mesej yang daripada seorang rakyat Duyong dikenali sebagai Abang Thiru yang bertanya khabar dan mendoakan agar dirinya kembali menjadi ADUN di kawasan tersebut.

Percaya kepimpinan YB Duyong

Menerusi perkongsian di Facebook Helmy mengucapkan terima kasih kepada Abang Thiru kerana tetap mempercayai kepimpinan beliau di Duyong.

Dalam mesej berkenaan, lelaki dipercayai beragama Hindu memaklumkan telah berdoa dan melakukan ritual sembahyang khas buat ADUN Duyong dengan harapan beliau kembali menjadi calon di kawasan tersebut bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak lama lagi.

“Semalam saya puasa dan buat sembahyang khas untuk YB. Supaya YB boleh dipilih lagi sebagai DUN Duyong serta YB menang pilihan raya ini dan jadi Exco penuh,” tulisnya.

Helmy akui terharu dengan kepercayaan diberikan terhadapnya sepanjang menjadi ADUN di kawasan tersebut.

Beliau mengucapkan terima kasih atas kepercayaan tersebut dan persaudaraan yang ditunjukkan.

“Terima kasih bang. Abang Thiru tak pernah berhenti percaya pada saya.
“Terima kasih atas persaudaraan ini,” tulisnya.

Image from: Rakyat Duyong buat sembahyang khas, mahu YB Helmy kembali terpilih jadi calon ADUN

Difahamkan, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh telah mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan dibubarkan berkuat kuasa esok, 23 September 2026.

Menurut Ab Rauf, beliau telah menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bagi memaklumkan kedudukan DUN Melaka sebelum memohon perkenan untuk pembubaran berkenaan.

Sumber: Facebook Mohd Noor Helmy

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved