YB Liawan sumbang 10 lembu untuk Aidiladha

LocalPolitics
27 May 2026 • 5:07 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

YB Liawan sumbang 10 lembu untuk Aidiladha

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Liawan Datuk Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi menyumbangkan 10 ekor lembu untuk ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah.

Sumbangan itu dilihat bukan sahaja membantu melancarkan ibadah korban dan pengagihan daging kepada golongan memerlukan malah menjadi simbol semangat kebersamaan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama di pedalaman Keningau.

Nik Mohd Nadzri berkata tahun ini merupakan tahun pertama beliau diberi mandat sebagai wakil rakyat Liawan dan beliau amat bersyukur dapat berkongsi rezeki bersama masyarakat setempat sempena Aidiladha.

“Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 2026, saya amat berbesar hati dapat menyokong masyarakat Islam di kawasan Liawan,” katanya.