Buat rakyat Johor, Agong berkenan kurnia 148 ekor lembu korban tahun ini

27 May 2026 • 9:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sebanyak 148 ekor lembu sempena ibadah korban Aidiladha tahun ini untuk diagihkan kepada rakyat di seluruh Johor.

Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi dalam satu kenyataan menzahirkan setinggi-tinggi ucapan menjunjung kasih atas limpah perkenan dan kurniaan berkenaan yang disifatkan cukup bermakna buat rakyat negeri itu.

“Sesungguhnya kurniaan penuh bermakna ini mencerminkan kasih sayang dan keprihatinan Institusi Diraja Johor yang sentiasa dekat di hati rakyat Johor.
“Patik dan seluruh rakyat jelata merafak sembah setinggi-tinggi kasih serta mendoakan semoga Kebawah Duli Tuanku sekeluarga sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan berada dalam rahmat serta lindungan Allah,” katanya.

Image from: Buat rakyat Johor, Agong berkenan kurnia 148 ekor lembu korban tahun ini

Terdahulu, Onn Hafiz bersama isteri, Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor turut turun padang di Simpang Renggam, Kluang sempena sambutan Aidiladha tahun ini.

Image from: Buat rakyat Johor, Agong berkenan kurnia 148 ekor lembu korban tahun ini

Beliau berkata, program berkenaan dimulakan dengan Ziarah Kasih Keluarga Angkat di Kampung Batu 7 sebelum diteruskan dengan Program Korban Perdana Simpang Renggam bersama masyarakat setempat.

Image from: Buat rakyat Johor, Agong berkenan kurnia 148 ekor lembu korban tahun ini

Dalam program itu, sebanyak 32 ekor lembu korban diagihkan di kawasan berkenaan termasuk masjid, surau, kampung dan pelbagai pihak bagi memastikan manfaat ibadah korban dapat dirasai secara menyeluruh oleh komuniti setempat.

Sumber: FB Onn Hafiz Ghazi