Shuib Dan Watie Kongsi Foto ‘Counting Hours’ Sebelum Bergelar Suami Isteri

Entertainment
23 Jun 2023 • 3:00 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Selang beberapa jam lagi, pelawak dan penyampai radio terkenal, Shuib Sepahtu bakal menamatkan zaman dudanya bersama usahawan wanita, Watie Hanifiah.

Menerusi perkongsian foto di laman Instagram, Shuib dilihat meluahkan rasa syukur dengan menyebut kalimah ‘Alhamdulillah’ dan juga ‘tagged’ nama bakal isterinya, Watie.

image is not available

Malah, Watie turut sempat meninggalkan komen di ruangan balas dan berdoa agar segala urusan mereka dipermudahkan dalam bergelar suami isteri.

Semoga Allah permudahkan segalanya buat kita, counting times.

image is not available

Di ruangan komen, rata-rata warga maya termasuk rakan selebriti turut menyampaikan ucapan tahniah dan mendoakan majlis pernikahan Shuib dan Watie berjalan dengan lancar.

image is not available

image is not available

Sedikit info, Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada Jumaat malam iaitu 23 Jun 2023.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.