Yes 5G NVIDIA GeForce Now: 5 perkara yang perlu anda tahu

Digital
12 Jun 2023 • 8:50 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Yes 5G kini telah secara rasmi melancarkan NVIDIA GeForce Now untuk pengguna di Malaysia. Ia selepas ujian beta selama 3 minggu yang telah dijalankan antara 16 Mac hingga 10 April 2023 tempoh hari untuk mengumpul komen dan saranan daripada pengguna-pengguna bagi tujuan penambahbaikkan sebelum ditawarkan kepada pengguna kebanyakan.

image is not available

Anda boleh baca pengalaman pasukan SoyaCincau menggunakan GeForce Now sewaktu ujian beta di sini. Ataupun, berikut adalah 5 perkara tentang GeForce Now yang perlu anda tahu.

Main game AAA tanpa komputer berkuasa tinggi

Yes 5G NVIDIA GeForce Now adalah platform permainan komputer yang menggunakan kaedah penstriman untuk anda bermain. Anda boleh fikirnya seperti Netflix dan Spotify tapi untuk game. Anda tak perlu beli komputer berspesifikasi tinggi untuk Ray Tracing kerana bebanan pemproses ditanggung oleh sistem pengkomputeran awan. Komputer anda ditukar menjadi monitor dan alat input sahaja.

Katalog permainan yang ditawarkan berkembang hari demi hari. Setakat artikel ini ditulis, lebih 1,500 permainan sudahpun ditawarkan kepada pengguna.

image is not available

Sekiranya tak cukup, anda masih boleh gunakan ciri Sync Your Games untuk masukkan permainan yang telah anda beli di Steam ke dalam koleksi permainan GeForce Now anda.

Harga serendah RM25/bulan

Pelan langganan GeForce Now terbahagi kepada dua iaitu untuk pelanggan YES dan bukan pelanggan YES. Buat pelanggan YES, yuran langganan setahun adalah RM300 yang jadikan komitmen bulanan kepada RM25/bulan. Andainya anda ingin langgan secara bulanan, harganya adalah RM30/bulan.

image is not available

Pengguna yang bukan daripada pelanggan YES boleh melanggan GeForce Now pada harga RM500/tahun ataupun RM50/bulan.

image is not available

Boleh dimain di komputer, telefon, dan TV

GeForce Now menyokong pelbagai platform. Berdasarkan laman produk, ia menyokong platform-platform berikut:

image is not available

Capaian Internet serendah 15Mbps diperlukan

Untuk menikmati pengalaman bermain yang lancar, GeForce Now memerlukan anda memiliki sambungan Internet 15Mbps untuk bermain pada resolusi 720p pada kadar bingkai 60fps. Permainan boleh juga dimainkan pada resolusi 1080p dalam kadar bingkai 60fps seandainya pengguna memiliki sambungan Internet 25Mbps.

image is not available

Boleh kongsi akaun?

Seperti biasa, ramai yang akan cuba untuk berkongsi akaun dengan orang lain untuk meminimumkan kos. Berdasarkan laman FAQ GeForce Now, dikatakan yang pelanggan boleh bermain di beberapa peranti serentak selama 6 jam terus menerus.

image is not available