Yes! Tealive Got Food - Ini Kata Laluan Petugas Barisan Hadapan Menikmati Makan Tengah Hari Percuma 

4 Dec 2022 • 4:08 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Lebih 5,000 petugas barisan hadapan boleh mendapatkan hidangan makan tengah hari percuma di 257 cawangan Tealive, pada Isnin. - Gambar dari Tealive

Selepas pemberian 10,000 cawan Kopi Merdeka pada bulan Ogos lalu, jenama teh gaya hidup, Tealive kembali dengan sesuatu yang lebih istimewa. Kali ini, 5,000 petugas barisan hadapan boleh tersenyum lebar kerana pada Isnin ini, anda boleh mendapatkan makan tengah hari percuma di 257 cawangan Tealive. 

Makanan tengahari percuma ini adalah sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan pengorbanan yang telah anda lakukan sepanjang tempoh pandemik COVID-19 lalu. 

“Memandangkan kita memasuki fasa endemik COVID-19, marilah kita mengenang pengorbanan petugas barisan hadapan, wira-wira kita di sektor kesihatan dan perubatan, pasukan keselamatan serta kesemua perkhidmatan unit beruniform yang telah sedaya upaya memberi pertolongan kepada rakyat Malaysia ketika negara menghadapi perintah kawalan pergerakan pada Mac 2020,” ujar Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo.

Menginjak ke penghujung tahun, Tealive telah memutuskan untuk memberi ganjaran kepada petugas barisan hadapan serta mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak leka dan alpa di fasa endemik ini. 

image is not available
Bryan Loo

“Tealive sebagai jenama Malaysia yang membanggakan telah meneruskan perjalanan pertumbuhan kami walaupun dilanda pandemik. Memandangkan kami kini mempunyai hidangan makanan sepanjang hari, kami menganggapnya sebagai satu isyarat positif untuk menawarkan makan tengah hari percuma kepada petugas barisan hadapan.

“Sehubungan dengan itu, pada 5 Disember ini, setiap petugas barisan hadapan boleh singgah di cawangan kami untuk mendapatkan makanan tengah hari secara percuma,” ujar Bryan. 

image is not available
Tom Yam Prawn Mac & Cheese

Bagaimanapun, ada kata laluan yang perlu anda ucapkan kepada kru Tealive. Anda perlu katakan, “Yes! Tealive Got Food,” sebanyak tiga kali dan anda akan diberikan makanan tengah hari Tom Yam Prawn Mac & Cheese secara percuma.

Setiap cawangan yang mengambil bahagian dalam pemberian ikhlas ini akan menyediakan sehingga 20 set pada hari tersebut mulai jam 12 tengah hari.

Selain Mac & Cheese, Tealive juga mempunyai menu hidangan baharu sepanjang hari yang terdiri daripada Grilled Chicken Western Gravy Rice, Grilled Chicken Aren Glazed Rice, Buttermilk Popcorn Chicken Rice dan Meletop Beef Rice. 

Layari halaman rasmi Tealive di https://www.tealive.com.my/find-outlet untuk mengetahui senarai cawangan yang mengambil bahagian. - Getaran, 4 Disember 2022