Yew Sin-Ee Yi lepasi halangan awal

27 Feb 2024 • 11:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi

BEREGU lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi memulakan kempen Kejohanan Badminton Terbuka Jerman 2024 Super 300 di Dewan Sukan Westenergie, Mulheim dengan langkah kanan pada Selasa.

Beregu nombor 12 dunia itu tidak berdepan masalah mara ke pusingan kedua selepas menewaskan wakil Perancis, Eloi Adam-Leo Rossi, 21-13, 21-14 dalam masa 38 minit.

Yew Sin-Ee Yi akan berdepan pemenang perlawanan Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard (Denmark) menentang Chen Cheng Kuan-Chen Sheng Fa (Taiwan).

Beregu wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien turut mara selepas mengatasi pasangan dari Austria, Serena Au Yeong-Katharina Hochmeir, 21-9, 21-13 dalam masa 32 minit.

Sementara itu, perseorangan lelaki negara, Cheam June Wei berstatus nombor 62 dunia pula akan menyingkap cabaran berdepan pemain dari Perancis, Lucas Claerbout pada pusingan pertama.

Beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing (25 dunia) akan menentang pasangan dari England, Gregory Mairs-Jenny Mairs manakala satu lagi gandingan negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie (14 dunia) berdepan wakil dari India, Ashith Surya-Amrutha Pramuthesh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved