Yew Sin, Ee Yi naib juara Terbuka Australia

20 Nov 2022 • 9:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Yew Sin-Ee Yi naib juara Terbuka Australia selepas tewas kepada Yu Chen-Xuan Yi dalam perlawanan akhir di Pusat Quay, Sydney pada Ahad.

image is not available
Aksi Yew Sin-Ee Yi selepas tewas kepada Yu Chen-Xuan Yi dalam perlawanan akhir di Pusat Quay, Sydney.

image is not available
Gandingan Yew Sin-Ee Yi sekadar meraih gelaran naib juara Terbuka Australia selepas tewas kepada Yu Chen-Xuan Yi Pusat Quay, Sydney pada Ahad.

PASANGAN beregu negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama dua tahun selepas tewas kepada pasangan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi pada perlawanan akhir Terbuka Australia pada Ahad.

Dalam perlawanan di Pusat Quay, Sydney, menyaksikan pasangan pilihan keenam itu bermula dengan langkah kiri selepas tewas 16-21 kepada pasangan bukan pilihan Yu Chen-Xuan Yi.

Pada set kedua,Yew Sin-Ee Yi kembali bangkit menyaingi apabila mendahului 14-11, namun gagal memanfaatkan kelebihan itu sebelum tewas 20-22 dalam perlawanan yang mengambil masa 44 minit.

Untuk rekod, kali terakhir Yew Sin-Ee Yi memenangi gelaran pada Januari 2020 apabila memenangi Masters Thailand 2020 dengan menewaskan pasangan China Huang Kai Xiang-Liu Cheng, 18-21, 21-17, 21-17.

Begitupun Yew Sin-Ee Yi berpeluang melabuh tirai musim ini dengan noktah kegembiraan apabila akan menyerta Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Bangkok, Thailand pada 14 hingga 17 Disember depan.

Pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia BWF 2021 itu, kini berada dikedudukan ketiga dalam Jelajah Dunia Akhir BWF dengan 60,430 mata dan hanya lapan pasangan terbaik terpilih menyertainya tahun ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved