YIDE nafi tawar skim pelaburan, orang ramai diminta lebih waspada

LocalBusiness & Finance
22 May 2026 • 9:45 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

YIDE nafi tawar skim pelaburan, orang ramai diminta lebih waspada

SHAH ALAM, 22 MEI: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menafikan pernah menawarkan sebarang bentuk pelaburan atau skim keuntungan peribadi menerusi platform tidak rasmi termasuk aplikasi WhatsApp dan Telegram.

Menerusi kenyataan di Facebook, YIDE menegaskan sebarang tawaran atau urusan rasmi yayasan itu hanya disalurkan melalui saluran komunikasi dan platform rasmi miliknya.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan membuat pengesahan terlebih dahulu.

“Tindakan ini bagi mengelakkan anda menjadi mangsa penipuan atau modus operandi scammer yang menggunakan nama YIDE,” katanya hari ini.

YIDE turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran mencurigakan yang menggunakan nama organisasi itu bagi tujuan mengaut keuntungan.

YIDE merupakan institusi kebajikan yang ditubuhkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Antara fokus utama yayasan itu termasuklah menyantuni kebajikan anak yatim, pesakit dialisis serta mangsa musibah di Selangor.

Sebarang pertanyaan atau pengesahan boleh dibuat dengan menghubungi talian rasmi YIDE di 03-3345 9900 atau 017-756 9478.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved