Yide raikan anak yatim, lawat kompleks al-Quran sempena cuti sekolah

20 Sep 2024 • 1:26 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 20 SEPT: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) meraikan 40 anak yatim dengan menaiki kapal pelayaran di Tasik Putrajaya dan lawatan ke Kompleks Nasyrul Quran, baru-baru ini.

Bahagian Korporat Yide dalam kenyataan menyebut lawatan sempena cuti sekolah dan kempen Bulan Anak Yatim membolehkan mereka mengisi waktu dengan aktiviti bermanfaat dan berilmu.

Menurut yayasan itu, mereka turut berselawat sepanjang menaiki kapal pelayaran dan diterangkan mengenai binaan bangunan bercirikan Islamik serta usaha pemeliharaan al-Quran.

“Perkara ini amat penting sebagai suatu pendedahan mengenai kepentingan memelihara dan beramal dengan al-Quran khususnya bagi seorang muslim,” kata Yide.

Dalam lawatan itu, Pengurus Besar YIDE Nur Mohd Razali Abdullah turut menyerahkan sumbangan kepada anak yatim, sambil disaksikan Pengurus Besar Yayasan Restu Mohd Fadli Ismail.

“Diharapkan program yang dijalankan memberi kebaikan kepada anak-anak yatim khususnya dalam membentuk sahsiah dan keperibadian yang cemerlang,” kata yayasan itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved