Yinson Production capai pengeluaran minyak pertama di Vietnam lebih awal daripada jadual menerusi kapal PTSC LDV

LocalBusiness & Finance
23 Oct 2026 • 5:29 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Yinson Production capai pengeluaran minyak pertama di Vietnam lebih awal daripada jadual menerusi kapal PTSC LDV Image from: Yinson Production capai pengeluaran minyak pertama di Vietnam lebih awal daripada jadual menerusi kapal PTSC LDV liza23/10/2026 - 17:29 Kapal FSO PTSC LDV disewakan kepada Murphy Cuu Long Bac Oil Co Ltd, anak syarikat milik penuh Murphy Oil Corporation Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 23 Okt – Yinson Production dan PetroVietnam Technical Services Corporation (PTSC) mencapai pengeluaran minyak pertama menerusi kapal penyimpanan dan pemindahan minyak terapung (FSO) PTSC LDV di medan minyak Lac Da Vang, di luar pesisir Vietnam pada 27 September 2026, lebih awal daripada jadual asal pada suku keempat 2026.

 

Dalam kenyataan bersama, kedua-dua syarikat berkata pencapaian itu merupakan perkembangan penting bagi kapal FSO baharu yang menggunakan sistem dwi-bahan api serta pembangunan medan minyak Lac Da Vang di Blok 15-1/05.

 

Pencapaian itu menyusuli penerimaan sementara (Provisional Acceptance) kapal berkenaan pada 20 September 2026, yang menandakan bermulanya tempoh kontrak sewaan tetap.

 

Pembangunan medan minyak Lac Da Vang dijangka meningkatkan pengeluaran secara berperingkat sehingga 2028 apabila lebih banyak telaga minyak mula beroperasi.

 

Projek itu dijangka menjadi sumber pengeluaran baharu bagi menyokong sektor tenaga Vietnam yang terus berkembang.

 

Kapal FSO PTSC LDV disewakan kepada Murphy Cuu Long Bac Oil Co Ltd, anak syarikat milik penuh Murphy Oil Corporation menerusi kontrak tetap selama 10 tahun.

 

Kontrak itu turut menyediakan pilihan lanjutan sehingga lima tahun lagi.

 

Kerjasama pacu pencapaian operasi

Ketua Pegawai Eksekutif Yinson Production, Flemming Guiducci Grønnegaard berkata kejayaan mencapai pengeluaran minyak pertama itu merupakan detik membanggakan bagi syarikat berkenaan serta pencapaian operasi penting untuk medan minyak Lac Da Vang.

 

Beliau berkata pencapaian itu mencerminkan kerjasama erat, kepakaran teknikal dan komitmen bersama terhadap keselamatan antara Yinson Production, rakan usaha samanya, PTSC, serta pelanggan mereka, Murphy Oil Corporation.

 

Menurutnya, Yinson Production akan terus bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan operasi yang selamat, boleh dipercayai dan berjaya pada tahun-tahun akan datang.

 

Yinson Production mempunyai 11 kapal FPSO

Yinson Production merupakan pemilik dan pengendali bebas kapal pengeluaran, penyimpanan dan pemindahan minyak terapung (FPSO) yang beroperasi di peringkat antarabangsa.

 

Syarikat itu mempunyai armada semasa sebanyak 11 kapal, dengan buku tempahan bernilai kira-kira AS$19 bilion sehingga 2050 serta kehadiran di 12 negara.

 

Kedudukan syarikat dalam industri FPSO disokong rekod pelaksanaan projek, prestasi keselamatan dan tempoh operasi yang tinggi, selain pembangunan reka bentuk kapal yang lebih mampan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved