“YonniBoii, Shiha Zikir, Ernie Zakri..” – Lebih 10 Tahun ‘Menyepi’, Malique Bakal ‘Comeback’ Tahun Ini?

LocalEntertainment
27 Aug 2025 • 1:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, penyanyi Malique kembali menjadi bualan selepas dirinya memuat naik foto mesra bersama isteri platform Instagram, di mana rata-rata meluahkan rasa terkejut kerana mengetahui sikapnya yang sangat menjaga privasi.

Terbaru, sekali lagi Malique menjadi bualan ramai selepas dia memuat naik satu hantaran foto memaparkan list yang tertulis beberapa nama-nama penyanyi tanah air.

Susulan memuat naik hantaran berkenaan, ramai yang membuat andaian bahawa Malique akan membuat comeback dengan berkolaborasi bersama artis-artis yang ada di dalam senarai itu.

Malah, ‘tajuk’ besar di dalam halaman kertas itu tertulis ‘2025 releases’.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat hantaran berkenaan, lagi-lagi Malique akan berkolabari dengan artis yang lain.

image is not available 2025-08-09 13:35:14

"Susah Nak Nampak Dia Bersemut" - Hantaran Malique Di IG Curi Perhatian, Kongsi Foto 'Throwback' Bersama Isteri