Yoodo Dijenamakan Semula Sebagai Spark – Memfokuskan Perkhidmatan Telekomunikasi Berasaskan eSIM Dan Aplikasi

TechnologyDigital
28 Oct 2025 • 12:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

CelcomDigi kini dilihat telah mula menawarkan kemaskini kepada aplikasi Yoodo atau dikenali seketika sebagai “Formerly Yoodo”. Nama baharu untuknya adalah Spark, dan bersama-sama dengan pembaharuan ini, CelcomDigi turut memposisikan Spark sebagai perkhidmatan telekomunikasi memfokuskan eSIM melaluinya.

image is not available

Spark turut memfokuskan penawaran melalui aplikasi. Pengguna hanya perlu memuat-turun aplikasi Spark, seterusnya memilih nombor yang diinginkan, memilih pelan, dan mengaktifkannya terus melalui aplikasi tersebut.

Sebanyak tiga pelan diperlihatkan melalui Spark buat masa ini, iaitu 3GB (4G) pada harga RM15 sebulan, 40GB(4G/5G) + 100 minit panggilan pada harga RM25 sebulan, dan 200GB (4G/5G) + 100 minit panggilan pada harga RM65 sebulan.

image is not available

Daripada percubaan kami, pelan sedia ada Yoodo seperti masih diperbaharui secara automatik, tetapi tiada lagi pilihan untuk melakukan perubahan pelan seperti sebelumnya, dan diberikan tiga pilihan pelan baharu sekiranya ingin berubah.

Bagi anda yang menggunakan aplikasi “Formerly Yoodo”, anda akan mula menerima kemaskini baharu ini bermula hari ini di Apple AppStore dan Google Play Store. Anda turut boleh merujuk ke laman rasmi Spark di CelcomDigi untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan baharu ini.