Perodua Umum Jam Tangan Pintar P-Go Yang Boleh Nyah-Kunci Pintu Kereta, Berharga RM950

Digital
13 Oct 2025 • 4:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bersama-sama pengenalan aplikasi P-Circle baharu yang mengintegrasikan pelbagai perkara, Perodua pada hari ini turut mengumumkan jam tangan pintar mereka tersendiri, dinamakan sebagai P-Go. Jam tangan pintar ini disenaraikan pada harga RM950, dan dijangka akan dijual dalam masa terdekat.

image is not available

Jam tangan pintar ini hadir dengan sokongan pemantauan kecergasan seperti biasa, dan pada masa yang sama, turut mengintegrasikan sokongan kunci digital untuk kenderaan, dan juga membolehkan ia digunakan untuk nyah-kunci pintu kereta.

Mengikut perkongsian wakil Perodua, jam tangan pintar ini dikatakan turut boleh digunakan untuk nyah-kunci pintu kereta beberapa model dibawah Perodua sedia ada, tetapi untuk tujuan menghubungkan ia, perlu dibawa ke pusat servis Perodua.

image is not available

image is not available

Aplikasi P-Circle turut menawarkan sokongan untuk menghubungkan jam tangan pintar, dalam memudahkan pemantauan aktiviti kecergasan dan melihat pelbagai statistik dan data melaluinya.

Pihak Perodua mengatakan turut akan hadir dengan satu lagi variasi jam tangan bergerak ke hadapan, dibawah P-Go ini, yang lebih disesuaikan untuk pengguna wanita. Sama-sama kita nantikan penjualan rasmi dalam mengetahui lebih lanjut berkenaan spesifikasi dan sebagainya yang ditawarkan oleh jam tangan pintar ini.