“You All Yang Fitnah Suami Saya” – Eina Azman Tempelak Netizen Tuduh Buat Gimik Murahan

22 Mar 2023 • 3:34 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini, pelakon Datin Paduka Eina Azman menimbulkan tanda tanya peminat apabila memuat naik video sedang menangis di Instagram Story. Selepas itu, Eina menyertakan quotes mengenai seseorang yang tak menghargai.

Hantaran yang dibuat sekali gus membuatkan peminat membuat pelbagai andaian. Namun, selebriti ini tak pernah memberi sebarang respon.

image is not available

Terbaru, ibu kepada pasangan kembar ini menempelak seorang netizen yang seolah-olah menuduhnya membuat gimik murahan. Kata Eina, netizen yang menfitnah suaminya berlaku curang.

Eina Azman tempelak netizen tuduh suami curang

image is not available

Ujarnya lagi, tiada apa yang boleh dijadikan bahan lawak berkaitan dengan hal curang dalam sesebuah rumah tangga.

Terdahulu, Eina Azman telah mengadakan soft launching bagi produk terbaharunya menerusi live di laman TikTok.

Difahamkan, soft launching tersebut diadakan pada hari yang sama dengan tarikh ulang tahunnya yang ke-29.

Namun, apa yang menjadi tumpuan orang ramai ialah apabila suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden membuat kejutan semasa majlis berlangsung.

Kredit: Instagram Eina Azman

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.