“You don’t have to be sorry” – Pertemuan Pak Nil Dengan Individu Autism Buat Ramai Tersentuh

Entertainment
6 Nov 2024 • 2:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Autisme adalah gangguan perkembangan neuro sepanjang hayat. Ini bermakna autisme memberi kesan kepada perkembangan otak dan mempengaruhi keupayaan anak untuk berkomunikasi, berinteraksi secara sosial dan belajar seperti anak biasa.

Tidak dapat dinafikan, masih ramai yang mempunyai stigma negatif terhadap mereka yang mempunyai kondisi itu namun pengacara terkenal Malaysia, Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil mempunyai tanggapan berbeza.

Baru-baru ini, Pak Nil menggunakan perkhidmatan ETS dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, di situ beliau bertemu dengan sebuah keluarga yang mempunyai anak autism, ibu saudara kepada anak itu memohon maaf kepada semua penumpang kerana anak buahnya itu membuat bising.

@datukaznilnawawi

Satu lagi kejadian dalam perjalanan pulang Paknil ke KL dari @Bertam Resort Penang semasa menaiki ETS @KTMB YOU DONT HAVE TO BE SORRY….

♬ original sound – Datuk Aznil Nawawi – Datuk Aznil Nawawi

Pak Nil dalam hantarannya di TikTok itu berkata ibu saudara kepada anak itu tidak perlu memohon maaf kepadanya kerana dia sangat memahami kondisi anak itu.

Menurut ibu saudara anak itu, ini merupakan pertama kali mereka menaiki kereta api dan dia risau jika anak buahnya itu membuat bising dan mengganggu perjalanan penumpang lain.

Dia juga berkata masih ada masyarakat yang tidak cakna dengan keadaan mereka yang berhadapan dengan autism ini.

Tindakan kecil Pak Nil bertemu dengan keluarga itu membuatkan ramai tersentuh malah ada juga yang berkongsi pengalaman mempunyai anak istimewa seperti itu.

image is not available

Baiknya Pak Nil!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.