“You got a lot of kids, but your 1st daughter thinks that you don’t like her anymore”- Luahan Maryam Anak Fizo Omar Jadi Perhatian

LocalFamily & Parenting
28 Jun 2025 • 1:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Maryam, anak kepada pelakon Fizo Omar baru-baru ini menjadi perhatian ramai warganet di TikTok apabila kanak-kanak yang berusia tujuh tahun itu meluahkan perasaannya ketika siaran live TikTok bersama ibunya, Mawar Abdul Karim yang juga seorang usahawan.

You got a lot of kids, but your 1st daughter thinks that you don’t like her anymore,” – Maryam ketika siaran live bersama ibunya baru-baru ini.

Namun, meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen di TikTok mengatakan perasaan yang dialami oleh Maryam itu bukanlah sesuatu yang pelik terutamanya jika seseorang itu mempunyai ramai adik-beradik atau merupakan anak sulung.

Ada netizen yang mengatakan kanak-kanak yang menjadi anak sulung seibu dan sebapa pun ada yang merasakan seperti tidak disayangi ibu bapa apabila mereka mempunyai adik baru.

image is not available

image is not available

image is not available

Mawar kemudiannya menjelaskan bahawa Maryam menyayangi adik-adiknya dan Maryam sendiri memilih alat mainan untuk dihadiahkan kepada adik-adiknya itu.

Untuk pengetahuan semua, Fizo Omar telah bercerai dengan Mawar Abdul Rashid pada tahun 2019 dan pada 2021, Fizo telah berkahwin dengan Fazeera Nazri Azrai dan pasangan ini telah menimang beberapa orang cahaya mata sekali gus menjadikan Maryam mempunyai adik-adik sebapa.

Sumber:

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.