“You Jangan Buat Hal La” – Kena Sindir Dengan Saudara Masa Beraya, Muka ‘Tak Bersalah’ Ira Kazar Raih Perhatian

Entertainment
25 Apr 2023 • 4:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ketika ini, banyak pula video-video isteri kedua pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar beraya bersama saudara maranya tular di platform TikTok.

Kalau sebelum ini tular Syamsul Yusof sedang membasuh pinggan di dapur sewaktu penyanyi, ND Lala datang ziarah rumah bapa mentuanya, Kazar, kali ini viral pula momen saudara mara Ira menyindir wanita tersebut.

Sewaktu mahu menyalam untuk mendapatkan duit raya, bapa saudara Ira sempat memberi pesanan kepada isteri kedua Syamsul untuk tidak menimbulkan masalah lagi.

Biarpun suasana sewaktu bapa saudara memberi nasihat masih meriah, menurut netizen ayat yang dilontarkan oleh bapa saudara Ira mempunyai maksud yang mendalam.

Bagaimanapun, riak wajah Ira kelihatan ‘selamba’ selepas mengambil duit raya tersebut dan seolah-olah tiada kesalahan yang dilakukan olehnya itu telah meraih perhatian.

image is not available

image is not available

Sekadar info, pada 6 Januari lalu, Syamsul Yusof membuat pengumuman mengejut di laman Instagram bahawa dirinya sudah berkahwin untuk kali kedua bersama Ira Kazar di Thailand tanpa pengetahuan isteri pertama, Puteri Sarah.

image is not available 1 minggu lalu

"Malulah Sol Kalau Ira Kazar Je Wife Dia, PS Ni Dah Lah Bijak, Bekerjaya" - Spekulasi Netizen Syamsul Enggan Lafaz Talak

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved