
You Know Nothing About Cooking adalah sebua series yang di host kan oleh Sherry Al Hadad yang tidak tahu masak, ingin belajar memasak dari ibu angkatnya, Datin Marlia Musa untuk di jamukan pada rakan-rakan selebriti popular. Korang nak tahu jadi ke tak Sherry ni masak? Kornag kena layan setiap episod tau. Sebab Sherry akan masak menu yang lain-lain untuk setiap episod. Mana tahu menu episod tu adalah menu favourite kan?
Episod 1
Laksa Asam
Bahan-Bahan :
Ikan Kembung, Bawang Merah, Bawang Putih, Halia, Cili Kering, Belacan, Asam Keping, Jus Nenas, Otak Udang, Gula Melaka, Salad, Timun, Cili Padi, Nenas, Bunga Kantan, Limau Kasturi, Telur.
Proses :
Ikan kembung direbus (simpan air rebusan) kemudian ceraikan isi ikan dengan tulang. Tulang ikan seterusnya di kisar dan di tapis (ambil airnya sahaja)
Bawang merah, bawang putih, halia - dikisar bersama dengan cili kering.
Masukkan bahan kisar kedalam air rebusan ikan, seterusnya masukkan belacan ,asam keping, air tulang ikan, isi ikan, jus nanas,otak udang dan gula melaka.
Mee Laksa di rebus dan tos.
Untuk hiasan : hirisan salad,timun, cili padi, nenas, bunga kantan, limau kasturi dan telur rebus.
Tekan link ini untuk saksikan episod 1 - Laksa Asam terus!
Haaa! So macam mana? Menjadi tak masakan korang macam Sherry masak? Kalau tak jadi, its ok! Korang boleh cuba lagi next time!
Jangan give up ok? Ataupun Korang boleh cuba masak menu yang lain yang min akan sediakan setiap hari selepas episod baru keluar! Jumpa di episod yang kedua!
