“You mungkin tiada, tapi tak akan dilupakan” – Isteri Pramugara MH370 Kongsi Luahan Hati

Entertainment
8 Mar 2023 • 5:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sedar tak sedar, sudah 9 tahun misteri kehilangan MH370 masih belum dapat dirungkaikan semenjak ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12:41 pagi, 8 Mac 2014.

Walaubagaimanapun, insiden tersebut kekal segar dalam ingatan rakyat Malaysia, khususnya keluarga penumpang dan anak kapal MH370.

Hari ini, isteri kepada pramugara, Allahyarham Mohd Hazrin Mohamed Hasnan iaitu Intan Maizura Othaman telah berkongsi luahan dan rindu terhadap suaminya menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.

“Hey B, kali terakhir I dengar suara you adalah sembilan tahun lalu, dan cuba teka, I masih ingat bagaimana suara you walaupun sembilan tahun kemudian, dan hari ini adalah harinya. Ia masih segar dan selamanya akan menjadi halwa telinga I.”

“You mungkin tiada, tapi tidak akan dilupakan. Cintaku, hatiku, jiwaku sentiasa selamanya. I akan jumpa you suatu hari nanti, InsyaAllah. Semoga Allah merahmati you dan menempatkan you bersama orang-orang yang soleh,” tulisnya di hantaran tersebut.

Menurut Intan. kehilangan tersebut tidak dapat dijangka namun, dia reda dengan takdir yang telah tertulis.

image is not available

Oleh itu, Intan sempat menitipkan pesanan agar orang ramai lebih menghargai setiap detik bersama insan tersayang dengan menggunakan teknologi yang diberikan seperti mengambil gambar dan juga video.

Tambah Intan, ketika kehilangan pesawat MH370, dia sedang mengandung anak keduanya dan kini anak lelakinya sudah berusia sembilan tahun namun, dia tetap berpeluang untuk mengenali bapanya.

Sumber : mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.