“You Tak Suka Besar Keras” – Netizen Tegur Dini Schatzmann Buat Lawak ‘Double Meaning’ Pasal Sayur

LocalEntertainment
5 Feb 2025 • 11:38 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
dini

Pelakon Dini Schatzmann menjadi bualan netizen selepas satu rakaman menunjukkan dia mengeluarkan jenaka berunsur ‘double meaning’ ketika membeli barang mentah bersama isterinya, pelakon Janna Nick.

Dalam rakaman itu, mereka dilihat berada di sebuah pasar raya terkenal, NSK. Janna berkata, dia perlu memasak untuk jumlah yang ramai iaitu 20 orang.

Netizen tegur lawak ‘double meaning’ Dini

@jannanickofficial

ramai ramai macam ni berbaloi la nak masak..kalau setakat dua orang.. order je lah #cooking #mukbang #food #foodie

♬ original sound – jannanick95 – jannanick95

Ketika sedang memilih sayur-sayuran seperti kacang panjang dan kacang botol, kedengaran Dini bertanyakan sesuatu kepada Janna dengan ayat yang mencetuskan pelbagai reaksi.

Sayang yang ni besar, keras macam ni tak boleh. You tak suka besar, keras?

Walaupun ada yang menganggap ia hanya sekadar gurauan suami isteri, namun ada juga netizen yang merasakan lawak itu berunsur lucah dan kurang sesuai untuk tontonan umum.

“Boleh je cut scene tu..”

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan. Ada yang menganggap ia hanya satu gurauan ringan, tetapi ramai juga yang menegur Dini kerana jenakanya dikatakan kurang sensitif.

Namun, ada juga peminat yang mempertahankan Dini dengan menyatakan bahawa jenaka tersebut hanyalah spontan dan tidak perlu diperbesarkan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: TikTok @jannanickofficial


The post

appeared first on

.