“You Takkan Pernah Berubah” – Kekasih Aniq Suhair Dedah Bukti Laporan Kesihatan, Terima 12 Jahitan Di Muka & Bekas Pukulan Di Badan?

Entertainment
5 Jan 2024 • 12:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini nama pelakon baru, Aniq Suhair menjadi perhatian susulan timbul dakwaan daripada seorang wanita yang mengatakan aktor terbabit enggan bertanggungjawab selepas menghamilkannya.

Kekasih Aniq Suhair dipukul?

Lama mendiamkan diri, akhirnya kekasih Aniq iaitu Emylia Marzuki tampil mendedahkan beberapa foto yang memaparkan badan penuh dengan kesan dipukul di TikToknya.

Dalam foto-foto yang dimuat naik, wanita itu berkata sebelum ini dirinya kekal setia biarpun mengetahui teman lelakinya curang.

image is not available

12 jahitan di bahagian muka

Bukan itu saja, Emylia turut mendedahkan bahawa dirinya terima 12 jahitan serta kesan luka di bahagian muka akibat kecederaan yang dilakukan oleh teman lelakinya.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, dia memberitahu kekasihnya sebelum ini pernah berjanji mahu berubah dan tidak akan melakukan hal-hal terkutuk lagi tetapi ia hanyalah sekadar ‘cakap kosong’.

Warganet dakwa Aniq Suhair

Biarpun wanita itu tidak menyebut nama mana-mana pihak, netizen seakan-akan sudah tahu itu semua perbuatan kasar Aniq Suhair dan lebih menguatkan lagi tuduhan itu kerana sebelum ini mereka dikatakan mempunyai hubungan istimewa.

image is not available

image is not available

image is not available 2 weeks ago

"Bukan Bala Tapi Nikmat.." - Lama Menghilang, Aniq Suhair Muncul Semula Akui Kini Lebih Dekat Dengan Tuhan