“You Touch, You Go”- 6 Pelajar MRSM Di Johor Disyaki Terbabit Kes Buli Bakal Disingkir Jika Bersalah [Video]

LocalFamily & Parenting
29 Jun 2026 • 10:55 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini tular di Threads hantaran seorang wanita yang juga ibu, memaklumkan anaknya telah keluar daripada sebuah Maktab Rendah Sains MARA di Johor. Menurut si ibu pada mulanya anaknya memaklumkan mahu keluar kerana tidak dapat fokus dalam pelajaran sebelum akhirnya mendedahkan telah dibuli secara fizikal.

Image from: “You Touch, You Go”- 6 Pelajar MRSM Di Johor Disyaki Terbabit Kes Buli Bakal Disingkir Jika Bersalah [Video]

Hantaran itu kemudiannya mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang meminta agar maklumat penuh diberikan kepadanya untuk siasatan lanjut.

6 pelajar tingkatan lima disyaki terbabit kes buli telah ditahan reman

Terbaharu, Asyraf Wajdi menerusi satu video di Threads memaklumkan perbuatan buli tersebut disyaki dilakukan oleh enam orang pelajar tingkatan lima.

Ibu bapa mangsa bagaimanapun telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Arah adakan JDM untuk siasatan dan ambil tindakan tegas

“Saya dimaklumkan enam orang pelajar tingakatan lima telah pun ditahan reman selama dua hari di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bakri.

“Saya telah mengarahkan Bahagian Pendidikan Menengah MARA dan Pihak Pentadbir MRSM supaya mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) dengan kadar segera dalam tempoh satu hari untuk menyiasat dan mengambil tindakan tegas menyingkirkan pelajar-pelajar yang terbabit dengan perbuatan ini.

“Walau dengan apa jua alasan, perbuatan buli dengan mengambil tindakan sendiri kononnya untuk mendisiplinkan pelajar-pelajar junior adalah satu perbuatan yang tidak boleh diterima dan dikompromikan,” jelasnya.

Sering beri amaran kepada pelajar MRSM ‘You Touch, You Go’

Asyraf Wajdi turut mengatakan, beliau selalu menekankan ‘You Touch, You Go.’ Bahkan amaran tersebut sudah berulang kali diberikan kepada semua pelajar di MRSM.

Beliau dalam masa sama turut menasihatkan agar para pelajar untuk tidak berasa takut bagi melaporkan perbuatan buli serta tidak mengambil tindakan keluar daripada MRSM disebabkan tidak tahan dibuli.

“Perbuatan ini harus kita kekang dan harus kita laporkan kepada pihak pentadbir MRSM. Kalau ada sebarang bentuk tindakan untuk menyorokkan perbuatan ini, pasti pihak MARA akan mengambil tindakn tegas!

Insiden berlaku Mei lalu kerana mangsa dikatakan hisap vape diperoleh dari pelajar lain

Memetik laporan Berita Harian pada 28 Jun, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad memaklumkan siasatan awal mendapati insiden terbabit berlaku sekitar Mei lalu disebabkan mangsa dikatakan menghisap vape yang diperoleh dari pelajar lain.

Menurutnya insiden melibatkan pelajar (mangsa) berusia 14 tahun dipukul di dada serta dipaksa untuk menyerahkan wang kepada murid senior.

Alami lebam, tekanan emosi dan trauma, 6 suspek ditahan untuk bantu siasatan

Mangsa turut mengadu mengalami lebam di mata serta tekanan emosi dan juga trauma.

Ekoran daripada laporan tersebut, pihak polis melakukan beberapa siri tangkapan ke atas enam suspek yang berusia 17 tahun di sekitar Muar dan juga Alor Gajah, Melaka untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 507B dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

View on Threads

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved