Young Tigress mula langkah kanan di Oman

7 Dec 2024 • 10:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nurshamine Azureen (kanan) meletakkan Young Tigress di depan ketika berdepan Thailand dalam aksi Kumpulan A Piala Remaja Asia di Stadium Hoki Oman, Al Marat, pada Sabtu. Foto: Asian Hockey Federation

SKUAD hoki remaja wanita negara menyingkap kempen Kumpulan A Piala Remaja Asia 2024 dengan langkah kanan apabila menewaskan Thailand, 3-0 pada Sabtu.

Di Stadium Hoki Oman, Al Marat, Muscat, Young Tigress kendalian Lailin Abu Hassan memimpin separuh masa pertama hasil pukulan sudut penalti Nurshamine Azureen Mohammed Badusha minit kesembilan.

Separuh masa kedua, Young Tigress mencetak dua lagi gol yang dihasilkan menerusi pukulan sudut penalti Nur Syahirah Azwan (m-31) dan Nor Zulaikha Nazihah Tamjit (m-54).

Mengulas persembahan anak buahnya, Lailin menyifatkan secara keseluruhannya dia agak tidak berpuas hati dengan prestasi diperagakan pemain-pemain dalam perlawanan menentang Thailand.

“Di sebalik meraih kemenangan, banyak juga deretan pukulan sudut penalti yang gagal disempurnakan dengan baik dalam perlawanan ini.

“Saya harap pemain-pemain akan lebih fokus untuk perlawanan berikutnya,” katanya.

Young Tigress diundi dalam Kumpulan A bersama Thailand, India, Bangladesh dan China, manakala Kumpulan B pula Korea Selatan, Jepun, Hong Kong, Taiwan dan Sri Langka.

Sebagai rekod, dua pasukan teratas setiap kumpulan mara ke separuh akhir dan pusingan akhir Piala Dunia Remaja 2025.

PIALA REMAJA ASIA 2024

KUMPULAN A

KEPUTUSAN

Malaysia 3-0 Thailand

JADUAL

ISNIN (9 DISEMBER)

Malaysia lwn India, 11 malam

RABU (11 DISEMBER)

Bangladesh lwn Malaysia, 9.45 malam

KHAMIS (12 DISEMBER)

Malaysia lwn China, 8.45 malam

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved