YouTube Akan Hentikan Notifikasi Pada Aplikasi Mudah-Alih Untuk Saluran Yang Anda Tidak Tonton

TechnologyDigital
22 Apr 2026 • 8:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

YouTube Akan Hentikan Notifikasi Pada Aplikasi Mudah-Alih Untuk Saluran Yang Anda Tidak Tonton

Pihak YouTube kini memaklumkan perubahan pada bagaimana notifikasi beroperasi pada aplikasi mudah-alih mereka., dimana mereka akan menghentikan notifikasi sekiranya pengguna tidak berinteraksi dengan notifikasi dari sesuatu saluran, atau tidak menonton video yang diterbitkan saluran berkenaan.

YouTube mengatakan mungkin ada kalanya pengguna silap memilih untuk menerima notifikasi dari sesuatu saluran, dan mengikut data, ramai yang tidak berinteraksi dengan notifikasi  apabila sesuatu saluran menerbitkan video berkenaan. Adakalanya juga, pengguna mengaktifkan notifikasi untuk menyokong sesuatu saluran, tetapi tidak berinteraksi dengan saluran berkenaan selepas beberapa ketika.

YouTube mengatakan perubahan ini hanya pada aplikasi mudah-alih sahaja, dan anda masih boleh mengakses semua notifikasi pada bahagian inbox di desktop atau web.

Sekiranya anda berinteraksi dan menonton semua video daripada notifikasi sesuatu saluran, maka tiada sebarang perubahan akan berlaku bagi anda.