Amazon Akan Melabur Sehingga $25 Bilion Pada Anthropic

TechnologyBusiness & Finance
21 Apr 2026 • 1:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Amazon sedia melakukan pelaburan berjumlah $8 bilion pada Anthropic sebelum ini. Tidak setakat itu, kini Amazon mengumumkan mereka akan melabur $5 bilion pada Anthropic hari ini, serta tambahan sehingga $20 bilion berasaskan kepada capaian komersial pihak Anthropic.

image is not available

Dengan langkah ini juga, Amazon terus mengukuhkan lagi pegangan pada pembangun kecerdasan buatan janaan Claude yang semakin popular dan pesat digunakan dalam kalangan pengguna perusahaan dan pembangun.

Selain itu, selari dengan pelaburan ini, Anthropic turut mengatakan mereka komited untuk berbelanja lebih $100 bilion pada perkhidmatan dan teknologi AWS – termasuk cip akan datang Amazon untuk menguasakan kecerdasan buatan.

Selain Anthropic, sebelum ini Amazon turut telah melabur $50 bilion pada OpenAI, pembangun ChatGPT.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved