YouTube Akan Membuang Video Mengandungi Maklumat Kesihatan Dan Perubatan Tidak Tepat

WorldTechnologyDigitalSpace
16 Aug 2023 • 10:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

YouTube mengemaskini garis panduan mengenai video yang mengandungi maklumat mengenai kesihatan dan perubatan. Video yang menafikan kebenaran rawatan yang disahkan mujarab, memaparkan rawatan alternatif yang disahkan palsu dan menafikan kewujudan sesetengah penyakit akan dipadam daripada platform.

image is not available

Pada peringkat awal video yang melibatkan penyakit kanser akan dipadam sekiranya melanggar tiga garis panduan di atas. Langkah diambil kerana YouTube menyedari mereka adalah platform mendapatkan maklumat mengenai pelbagai penyakit. Penyebaran maklumat yang salah tidak lagi dibenarkan kerana boleh membahayakan nyawa pesakit. Pandemik telah menunjukkan penyebaran maklumat kesihatan yang tidak berasaskan sains adalah berbahaya.

Sebelum ini ketika pandemik YouTube sekadar memaparkan label dan menghadkan penyebaran dilakukan tetapi video tidak dipadam. Dengan platform video kini menjadi sumber maklumat pantas mengenai pelbagai penyakit, sudah tiba masanya YouTube lebih serius dalam menangani masalah fakta yang tidak selari dengan pengetahuan sains moden di platform mereka.