YouTube ialah aplikasi penstriman dengan jumlah pengguna tertinggi di dunia. Sebagai platform nombor satu, YouTube telah memperkenalkan beberapa ciri baharu dalam aplikasi yang selama ini hanya diberikan sebagai ujian. Pertama sekali ialah paparan pemain mini baharu. Tingkap kecil untuk video kini boleh diubah saiznya di dalam aplikasi. Terdapat kawalan main/jeda dan melangkaui 15 saat ke depan atau ke belakang.

Kemudian kelajuan video kini boleh dikawal dengan lebih terperinci. Terdapat butang luncur yang mengubah kelajuan video secara dinamik. Dengan ini ia tidak lagi terhad kepada kenaikan 0.25x yang diberikan pada setiap senggatan pada antaramuka lama.

Seterusnya mod tidur Sleep Timer baharu memberikan kawalan untuk menghentikan video selepas 10 hingga 60 minit dengan pilihan meningkatkan masa tontonan setiap 10 minit. Terdapat juga pilihan mematikan video apabila tiba ke penghujung.
Akhir sekali ciri memberikan lencana kepada pelanggan saluran yang paling setia. Ciri ini akan diberikan bukan sahaja pada aplikasi YouTube tetapi juga pada YouTube Music, Ciri baharu diperkenalkan secara berperingkat pada aplikasi Android, iOS dan juga laman web.

