Terkejut tengok orang menari dalam hutan

26 Oct 2026 • 6:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Terkejut tengok orang menari dalam hutan

PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan beberapa individu berhibur di dalam kawasan hutan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi sebuah video dikongsi di aplikasi Threads, kira-kira 30 individu dilihat sedang menari diiringi muzik rancak di kawasan dipenuhi pokok.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi video tersebut dirakam.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna terkejut dan mempersoalkan bagaimana acara seperti itu boleh dianjurkan di negara ini.

“Macam mana benda maksiat ini boleh diluluskan dekat Malaysia? Taubat puak-puak ini datang kecam aku kejap lagi. Patutlah masa pergi mendaki dekat parkir semua kereta mewah,” dakwa seorang pengguna.

“Nanti dia cakap ini cara kami bersatu dengan alam. Hak individu kami tak sembah apa-apa cuma dengar muzik,” kata pengguna lain.

“Lagi teruk daripada jin. Sekurang-kurangnya jin kacau seorang dua…kau orang kacau ramai orang,” komen seorang lagi netizen.

“Jin pun terkejut, sampai ke dalam hutan kau orang bedal. Nak culik pun fikir dua tiga kali,” balas pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

The post Terkejut tengok orang menari dalam hutan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved