YouTube Kemaskini Fungsi Pilihan Carian Untuk Mudahkan Pengguna

TechnologyDigital
9 Jan 2026 • 1:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tidak dapat dipastikan sama ada perubahan ini akan memberikan kesan besar kepada pengguna atau sebaliknya. Namun untuk makluman, YouTube telah mengemaskini fungsi pilihan carian di platformnya susulan maklum balas daripada pengguna.

image is not available

Dalam kemas kini terbaharu, YouTube telah memperkenalkan pilihan carian baharu iaitu ‘Shorts’ di bawah kategori ‘Type’. Pilihan ini membolehkan pengguna menetapkan sama ada ingin menonton video pendek atau video panjang dalam hasil carian. Pada masa yang sama, beberapa fungsi carian turut menerima perubahan nama di mana ‘Sort By’ kini dikenali sebagai ‘Prioritize’ manakala ‘View count’ pula ditukar kepada ‘Popularity’.

image is not available

Selain itu, dua fungsi carian lama iaitu ‘Last hour’ dan ‘Rating’ telah dibuang kerana didapati tidak berfungsi dengan baik serta menimbulkan rungutan dalam kalangan pengguna. Susunan menu turut dirombak semula dengan seksyen ‘Upload Date’ kini diletakkan di bahagian tengah bagi memudahkan navigasi serta meningkatkan kejelasan paparan.

Menurut YouTube, langkah ini diambil agar pengguna dapat menggunakan pilihan ini dengan lebih baik lalu bantu memperbaiki pengalaman carian video di platform tersebut.