YouTube Kini Mempunyai Pilihan Audio Multi-Bahasa

TechnologyDigital
24 Feb 2023 • 10:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sekiranya anda menstrim kandungan daripada Netflix atau Prime Video, anda boleh mengubah audio kandungan asal dengan audio bahasa lain yang lebih mudah difahami. Kami menggunakan ciri ini untuk siri Korea yang ditonton dalam Bahasa Inggeris. Kini ciri yang sudah wujud sejak zaman SVCD ini akhirnya disokong pada platform YouTube.

image is not available

Sejak setahun yang lalu YouTube bekerjasama dengan saluran popular seperti Mr Beast untuk menawarkan trek audio multi bahasa pada video-video popular mereka. Mr Beast sendiri telah melakukan proses dubbing pada 11 video yang telah dimuat naik. Secara keseluruhan YouTube kini menawarkan 3500 video dengan pilihan trek audio 40 bahasa.

Menurut YouTube, penghasil kandungan yang menawarkan trek audio multi bahasa boleh meningkatkan tontonan lebih 15% berbanding hanya video dengan satu trek audio. Ciri ini boleh digunakan sekarang dengan trek audio diubah menerusi pilihan tetapan Audio Tracks.