Zenbook 14X OLED edisi Intel Gen-13 akan dilancar, harga bermula RM4,999

Digital
23 Feb 2023 • 1:04 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Asus Malaysia memberitahu pengguna yang mereka akan memperkenalkan kemas kini buat barisan Zenbook 14X OLED mereka untuk tahun 2023. Kata mereka ini adalah model paling berkuasa dalam siri Zenbook klasik yang menggabungkan prestasi tinggi tanpa mengorbankan ciri mudah alih.

image is not available

Bermula dengan paparan, Zenbook 14X OLED dilengkapi paparan 14.5" pada resolusi 2.8K dengan kadar segar semula 120Hz. Antara ciri menarik panel ini adalah ia peka sentuhan dan menerima pengesahan Pantone pada segi kejituan penghasilan warna.

image is not available

Untuk taburan port, Asus menyediakan kemudahan-kemudahan seperti:

  • 2 x Thunderbolt 4 USB-C
  • 1 x USB-A
  • 1 x HDMI
  • 1 x 3.5mm jek audio

Agak malang laptop ini tidak disediakan dengan slot pembaca kad SD. Mungkin rasionalnya adalah untuk memastikan fizikalitinya kecil.

image is not available

Atas papan utama, Zenbook 14X OLED diperkasa cip Intel generasi ke-13 sama ada Core i5, i7, dan i9 serta terdapat beberapa konfigurasi ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Varian tertinggi laptop ini diperkasa Intel Core i9-13900H yang bergandingan dengan GPU Nvidia GeForce RTX3050. RAM LPDDR5 berkeluasan 32GB diberikan sekali dan ruang storan 1TB daripada jenis SSD PCIe Gen4 digunakan untuk penyimpanan.

image is not available

Bateri yang terkandung di dalam laptop ini adalah yang berkapasiti 70Wh dengan sistem pengecasan sehingga 100W.

Tegapnya laptop ini dibuktikan dengan piawaian ketenteraan MIL-STD 810H. Ia lulus 12 ujian, 26 prosedur antaranya adalah suhu ekstrim antara -51° C hingga 71° C, gegaran, hentakan, dan banyak lagi.

image is not available

Zenbook 14X OLED (UX3404) sudahpun boleh beli di Malaysia pada harga RM5,999 untuk varian Intel Core i7-13700H. Varian Core i5 dan i9 akan menyusul pada awal April 2023 masing-masing pada harga RM4,999 dan RM6,999.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan Berkaitan