YouTube Kini Menyertakan Iklan 30 Saat Yang Tidak Boleh Dilangkaui Pada Televisyen

EntertainmentTechnology
12 Mar 2026 • 12:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

YouTube sedia mempunyai beberapa penawaran iklan berbeza melalui platform mereka. Terbaru, Google mengumumkan penambahan penawaran iklan 30 saat yang tidak boleh dilangkaui pada YouTube TV. Google menyatakan dengan penawaran ini, ia memastikan kempen pemasaran sesuatu jenama dapat disasarkan dengan baik kepada para penonton.

image is not available
Paparan antaramuka YouTube TV

Seperti biasa, perkara ini semestinya tidak diminati para pengguna seluruh dunia. Buat masa ini, penawaran pengiklanan ini terhad kepada pengguna YouTube di kaca televisyen sahaja.

Sekiranya pengguna tidak meminati paparan pengiklanan, YouTube menyediakan alternatif untuk melanggan YouTube Premium, dan menggunakan perkhidmatan video berkenaan tanpa sebarang iklan.