YouTube Menguji Ciri Kunci Skrin Untuk Mengelakkan Gangguan Ketika Menonton Video

TechnologyDigital
12 Jul 2023 • 6:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Saya yakin bukan saya sahaja yang mengalami masalah tertekan macam-macam ketika menonton video pada YouTube. Kadangkala saya tidak sengaja majukan video 10 saat ke hadapan, tertekan ke video lain dan kadangkala tertukar bahasa. Untuk memastikan masalah sentuhan tidak sengaja ini berlaku, YouTube Premium kini menguji ciri Lock Screen menghalang pengguna daripada menyentuh skrin.

image is not available

Ciri ini turut tidak membenarkan pengguna mengaktifkan kapsyen tertutup, tetapandan lain-lain lagi. Untuk kembali menggunakan YouTube seperti biasa pengguna perlu sentuh skrin dan tekan “Ketik untuk membuka kunci”.

Buat masa ini ciri kunci skrin ini dihadkan kepada pengguna Android dan iOS yang melanggan YouTube Premium sahaja. Ia juga sekadar ciri ujian yang akan ditawarkan sehingga 5 Ogos sahaja pada waktu ini.

image is not available