YouTube Menguji Ciri Ringkasan Komen Dalam Aplikasi YouTube Studio

EntertainmentTechnology
14 Nov 2025 • 1:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

YouTube kini sedang menguji ciri ringkasan komen dalam aplikasi YouTube Studio bagi membantu pencipta kandungan memahami reaksi penonton dengan lebih efisien. Melalui ujian ini, ciri tersebut akan diaktifkan secara automatik pada setiap video manakala pencipta boleh mengaksesnya dengan menekan pilihan ‘Get summary’ pada halaman ‘Comments’ dalam aplikasi Studio.

image is not available

Selain itu, pengguna yang terlibat dalam fasa cubaan ini boleh memberikan maklum balas terhadap ringkasan komen dengan menekan ikon ‘like’ atau ‘dislike’ pada setiap ringkasan. Buat masa ini, ujian tersebut hanya ditawarkan kepada kumpulan kecil pencipta kandungan sahaja. Namun begitu, YouTube menjelaskan bahawa ciri ini akan diperluaskan kepada semua dalam masa terdekat.