YouTube Mengumumkan Aplikasi Untuk Vision Pro Akan Dibangunkan

TechnologyDigital
6 Feb 2024 • 10:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kurang seminggu selepas mula dijual secara terbuka, Apple Vision Pro dianggarkan sudah terjual lebih 300,000 unit sungguhpun harga jualannya mencecah RM18,000 sepasang. Tetapi beberapa aplikasi penting seperti YouTube, Netflix dan Spotify natif untuk Vision Pro masih belum dibangunkan atas sebab-sebab tertentu. Hari ini YouTube akhirnya mengumumkan mereka mempunyai perancangan menawarkan aplikasi pada “peranti perkomputeran spatial” Apple.

image is not available

Pengumuman ini adalah putaran 180 darjah daripada pengumuman asal yang mengatakan mereka tidak mempunyai peracangan. Mungkin YouTube melihat angka 300,000 jualan menjadikan pembangunan aplikasi untuk Vision Pro berbaloi. Pemilik Vision Pro boleh menikmati YouTube pada ketika ini tetapi hanya menerusi pelayar web Safari.

Video 360 telahpun disokong YouTube sejak 2015 dan video 3D pula lebih daripada itu. Malahan YouTube menyokong video 360 pada PlayStation VR sejak 2017.