Seperti iMessage, Google Messages Kelak Boleh Menyunting Mesej Yang Telah Dihantar

TechnologyDigital
16 Feb 2024 • 12:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dua tahun lepas, pada iOS 16 Apple telah memperkenalkan ciri paling menarik di iMessage. Iaitu mesej yang silap dihantar boleh disunting. Ciri ini kemudian turut diperkenalkan oleh WhatsApp dan baru-baru ini Google turut menguji ciri yang sama pada Google Messages.

image is not available

Ciri ini dilihat masih dalam pembangunan. Pengguna diberikan masa 30 minit selepas mesej dihantar untuk disunting semula. Ini adalah lebih lama berbanding iMessage yang memberikan tempoh 15 minit sahaja.

Untuk melakukannya, hanya tekan dan tahan mesej kemudian pilih ikon pensel, masukkan teks baharu, selesai. Dengan Google yang sibuk mempopularkan penggunaan RCS, iaitu pesaing kepada iMessage tetapi untuk semua pengguna Android – ciri suntingan mesej ini adalah ciri yang sangat berguna dan akan dihargai.