YouTube Perkenal Ciri Alih Suara Dan Menjana Video Menggunakan AI Generatif

TechnologyDigital
22 Sep 2023 • 2:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di acara Microsoft pagi ini mereka mengumumkan ciri kecerdasan buatan (AI) pada kesemua produk dengan ia terbina terus pada Windows 11. Turut diumumkan awal pagi yang hening ini ialah YouTube Dream Screen dan Aloud yang membolehkan beberapa ciri baharu yang tuurt menggunakan AI genearatif.

image is not available

Menurut YouTube pengguna boleh menaip prom ke dalam Dream Screen dan latar belakang atau video pendek boleh dijana secara terus yang kemudiannya digunakan dalam Shorts. Video ini boleh digunakan terus dalam Shorts atau digunakan sebagai latar belakang untuk pencipta kandungan. Dream Screen akan diperkenalkan pada penghujung 2023.

image is not available

Lebih menarik ialah ciri Aloud yang mengalih suara video yang dimuat naik secara automatik menggunakan AI. Dengan Aloud video boleh diubah suara dengan proses dubbing dilakukan sendiri oleh Google. Tiada maklumat yang lengkap pada waktu ini dengan YouTube sekadar menunjukkan video dalam Bahasa Inggeris diubah ke Bahasa Sepanyol dan Portugis. Sebelum ini YouTube ada memperkenalkan ciri audio multi bahasa pada beberapa video tetapi ia dilakukan secara manual.

image is not available

Akhir sekali YouTube juga boleh memberikan saranan idea video yang boleh dihasilkan oleh pemilik saluran juga dengan bantuan AI. Masukkan idea ke dalam YouTube dan ia akan memberikan saranan topik menarik dan apakah yang perlu dimasukkan ke dalam video untuk mendapatkan tontonan tinggi. Kesemua ciri ini akan diberikan secara berperingkat dalam bulan-bulan mendatang.