Ramai pengguna sering berasa gusar dengan risiko melakukan kesilapan ketika siaran langsung. Namun, keresahan itu kini dapat dikurangkan dengan pengenalan ciri baharu oleh YouTube iaitu “Practice Mode for Vertical Live“.
Ciri ini direka khusus untuk mereka yang ingin berlatih mengendalikan siaran langsung dalam format menegak tanpa perlu disiarkan kepada umum. Melalui mod ini, pengguna boleh menguji pelbagai fungsi seperti ruangan sembang, undian, pelekat serta kawalan teknikal kamera dan audio dalam suasana terkawal.

Apabila sudah yakin dengan paparan dan tetapan yang diuji, pengguna boleh melancarkan siaran langsung sebenar terus dari Practice Mode dengan hanya satu sentuhan butang. Selain membantu meningkatkan keyakinan sebelum siaran sebenar, ciri ini turut memastikan pengalaman penonton berlangsung dengan lebih lancar dan profesional.
Langkah ini juga dilihat sebagai strategi YouTube untuk menyokong trend video menegak yang semakin dominan seiring dengan populariti platform seperti TikTok dan Shorts.
Sumber – New! Practice Mode for Vertical Live

