Dua ciri baharu diperkenalkan kepada pelanggan YouTube Premium baru-baru ini. Ciri pertama ialah menekan skrin untuk memainkan video pada kelajuan 2x ganda lebih pantas. Dengan ini pengguna boleh menyegerakan bahagian video yang mungkin membosankan dengan hanya menekan skrin. Video akan kembali ke kelajuan sejurus selepas skrin tidak lagi ditekan. Sebelum ini untuk menonton video dengan pantas, pengguna perlu mengakses menu Playback Speed.

Ciri kedua yang boleh diuji ialah imej prebiu yang lebih besar dipaparkan apabila tangan melalui susur masa pemain video. Sekali lagi bahagian video yang ingin ditonton boleh dilihat dengan lebih jelas kerana imej prebiu yang lebih besar.
Pelanggan YouTube Premium boleh menggunakan ciri ini sehingga 13 Ogos sahaja. Pada waktu yang sama hanya satu ciri boleh diaktifkan pada satu-satu masa. Untuk mencuba kedua-dua ciri eksperimen ini sila ke Settings > Try new features.
