‘YouTuber’ Diburu JPJ Melaka, Ubah Suai Motosikal Boleh Naik Tiga Orang

LocalPolitics
5 May 2025 • 2:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menegaskan tindakan tiga individu termasuk seorang YouTuber yang menunggang skuter elektrik diubahsuai di jalan raya awam adalah satu kesalahan mengikut undang-undang.

Timbalan Pengarah JPJ Melaka, Khairul Aswad Abdul berkata, kejadian yang dirakam di Lebuh AMJ berhampiran Bachang itu bukan sahaja melanggar peraturan, malah membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

image is not available

Mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda sehingga RM1,000, penjara sehingga tiga bulan, atau kedua-duanya.

Tambah beliau, penggunaan kenderaan mikromobiliti seperti e-skuter, hoverboard, monowheel, segway dan basikal elektrik tanpa kelulusan di jalan awam telah dilarang melalui Perintah Larangan Kenderaan (Penggunaan Jalan) (Pindaan) 2021 yang berkuat kuasa sejak 17 Disember 2021.

JPJ turut memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang melanggar peraturan ini.

Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang YouTuber bersama dua rakan menunggang skuter elektrik diubahsuai di jalan raya, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan warganet.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 24 hours ago

Kegembiraan Bertukar Cemas, Individu Kesal Pihak Villa Tak Maklumkan Jubin Pecah Di Kolam Mandi - “Anak Sepupu Saya Dapat 11 Jahitan..”