YouTuber US Puji Malaysia Bersih, Langsung Tak Nampak Sampah Di Stesen MRT [Video]

LocalTravel
22 Jul 2025 • 2:23 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap pelancong yang datang berkunjung ke Malaysia, ramai yang mengakui mereka jatuh cinta kepada negara ini.

Ada yang mengatakan mereka suka melihat budaya, masyarakat yang berbudi bahasa dan juga makanannya.

Malah ada juga yang mengambil kesempatan untuk meneroka ke negeri di seluruh Malaysia untuk melihat pemandangan yang cantik dan mempelajari budayanya.

YouTuber US puji Malaysia bersih

Baru-baru ini, seorang YouTuber dari US yang dikenali sebagai China Mac telah menjadi perhatian apabila dia memuji kebersihan Malaysia sewaktu berkunjung ke negara ini.

Menerusi satu potongan klip video dari YouTube yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, kelihatan Mac begitu kagum sewaktu menggunakan perkhidmatan kenderaan awam seperti MRT dan LRT.

Jelas Mac ketika berada di stesen MRT Bukit Bintang, dia berasa kagum kerana kawasan tersebut tidak mempunyai walau satu sampah.

Teruja kerana tiada sampah mahupun gelandangan dijumpai di stesen MRT atau LRT

Malah katanya dia juga tidak melihat terdapat satu pun gelandangan yang berada di stesen berkenaan.

Bukan hanya itu, ia juga tidak mempunyai sebarang bau yang tidak menyenangkan sewaktu berada di stesen terbabit.

Selain itu, dia juga pertama kali melihat terdapat koc untuk wanita dan ia sesuatu yang tidak pernah dilihatnya walau di mana-mana pun.

Bukan hanya itu, dia juga memuji Malaysia sebuah negara yang moden dengan keadaan yang begitu bersih.

Turut cuba makan nasi lemak dan suka akan rasanya

Mac menaiki MRT dari Bukit Bintang untuk ke pusat membeli-belah TRX. Selain berjalan di sekitar ibu kota, kelihatan Mac turut mencuba makanan yang terkenal di Malaysia seperti nasi lemak di Village Park.

Katanya dia ke kedai berkenaan selepas melihat penyanyi, Jackson Wang ke restoran terbabit untuk mencuba nasi lemak.

Turut kelihatan dia begitu teruja sebaik merasai nasi lemak dan mengakui ia mempunyai rasa yang tersendiri.

Di dalam saluran YouTube yang dimuat naik, Mac juga memaklumkan dia sudah melancong ke banyak negara dan Malaysia banyak memberikannya kejutan yang mengagumkan dengan reka bentuk arkitek, bangunan dan sebagainya.

Dalam satu lagi video dikongsikan, Mac juga ada berkunjung ke restoran lain di sekitar Kuala Lumpur untuk mencuba makanan yang viral di sini.

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen mengatakan mana-mana rakyat Malaysia yang pernah melancong ke luar pasti akan lebih menghargai negara ini.

Ada juga yang berterima kasih kepada mereka yang bekerja sebagai individu membersihkan kawasan MRT tersebut kerana sentiasa memastikan ia bersih dan selesa.

Tidak kurang ada yang menjelaskan koc khas wanita yang disediakan adalah untuk keselamatan.

“Simple sir, kerana kami Malaysia adalah negara muslim”

image is not available

“Aku setiap kali bila pesawat mendarat KLIA, syukur gila. Nak pula bila pramugara cakap ‘kepada warganegara selamat kembali ke tanah air’. Masa tu rasa gembira lain macam pasal kita tahu Malaysia amannya macam mana”

image is not available

“Betul kalau korang travel ke negara orang, akan akan rasa sangat-sangat bersyukur Allah bagi kita duduk Malaysia, jadi rakyat Malaysia. Bersyukur sangat-sangat.”

image is not available