Gelagat Anak Raikan Hari Jadi Ayah Buat Netizen Sebak, Ramai Terkenang Bapa Sendiri [Video]

22 Jul 2025 • 4:13 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap individu yang bergelar anak, pastinya ingin membahagiakan ibu bapa walau dalam apa cara sekali pun.

Sebagai contoh ramai anak-anak yang membuat kejutan atau merancang pelbagai perkara untuk meraikan hari jadi ibu ayah, malah ada yang memberikan hadiah dan banyak lagi.

Namun tidak kiralah bagaimana sekali pun sambutannya, sebenarnya apa yang penting adalah ingatan dan juga penghargaan yang diberikan kepada insan istimewa ini.

Kejutan tak menjadi dari anak ketika rai hari jadi ayah jadi perhatian

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang anak lelaki yang turut cuba membuat kejutan ketika hari jadi ayahnya sehingga menjadi perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Adam di TikTok, awalnya kelihatan dia telah menyorok di balik dinding berdekatan pintu rumah sambil memegang ‘party popper’ sementara menunggu ayahnya masuk.

Kelihatan si ayah berada di luar membawa tong makanan dan sebiji buah durian. Sebaik sahaja melangkah masuk ke rumah Adam kemudian segera ingin memulas popper berkenaan untuk memberi kejutan.

Namun sewaktu dia cuba memulas alat berkenaan kelihatan ia tidak meletup dan perkara itu secara tidak langsung membuatkan kejutan yang cuba dilakukan gagal.

Si ayah kemudiannya langsung masuk ke rumah sambil ketawa melihat gelagat anak lelakinya. Selepas beberapa kali mencuba akhirnya alat tersebut meletup dan mengeluarkan konfeti.

Siap nyalakan lilin pada kek untuk diberikan pada ayah

Dia kemudian menyalakan lilin pada sebiji kek coklat yang tertulis ‘Happy Birthday’ dan ia dibawa ke hadapan ayah.

“Selamat hari jadi ayah. Semoga dipanjangkan umur dengan rezeki yang baik. Tahniah kerana menjadi seorang bapa yang terbaik,” katanya di ruangan kapsyen.

Ramai sebak lihat anak sambut hari jadi ayah, ada yang teringat bapa sendiri

Melihat di ruangan komen, ramai yang sebak melihat sambutan hari jadi itu kerana turut teringat kepada bapa sendiri.

Tidak kurang ramai yang gembira melihat si ayah tersenyum melihat gelagat anak-anaknya yang bersungguh meraikan hari ulang tahunnya.

“Tumpang happy tengok ayah orang lain. Ayah sendiri dah meninggal dunia”

image is not available

“Selamat ulang tahun pakcik. Rindunya ayah sendiri”

image is not available

“Aku nangis, dengan ayah bawa balik durian sebiji. Comel!”

image is not available

“Percayalah wahai anak-anak, kami tak perlukan hadiah mahal, cukup sahaja kau menghargai kami selama kami bersama mu. Semoga anak-anak sentiasa dirahmati Allah”

image is not available