#YTJT Alzheimer Dan Demensia, Mana Satu Digelar Nyanyuk? Ini Perbezaan Yang Sebenar

Health & Fitness
3 May 2023 • 1:33 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
nyanyuk

Selalu kita dengar masalah nyanyuk sering terjadi kepada golongan yang sudah berusia. Namun, masalah tersebut ada digelar Alzheimer dan ada yang digelar sebagai Demensia. Namun, apa bezanya?

Kali ini, Oh! Media akan kongsikan perbezaan antara Alzheimer dan Demensia buat korang bagi mengenali lebih lanjut mengenai permasalahan yang sering terjadi kepada golongan tua ini.

Beza Demensia dan Alzheimer

image is not available

Menurut Hello Doktor, Demensia dan Alzheimer merupakan dua jenis penyakit yang berbeza. Individu yang mempunyai demensia adalah individu yang mempunyai masalah yang berkaitan dengan memori. Mereka agak sukar untuk berfikir dan menyelesaikan masalah. Hal ini menyebabkan mereka memerlukan bantuan orang lain dalam menguruskan kehidupan seharian mereka.

Alzheimer pula adalah salah satu jenis Demensia yang mempengaruhi memori, keupayaan berfikir serta tingkah laku penghidapnya. 60% ke 80% kes Demensia berlaku adalah disebabkan Alzheimer. Ramai yang tak tahu bahawa Alzheimer sebenarnya adalah penyakit dan bukan proses semula jadi akibat penuaan.

Mana satu nyanyuk?

image is not available

Ramai yang anggap demensia merupakan sejenis penyakit. Tetapi, penyakit yang ramai orang panggil sebagai nyanyuk ini sebenarnya merupakan gabungan beberapa jenis penyakit yang berbeza. Antara jenis demensia adalah:

  1. Penyakit Alzheimer
  2. Lewy body dementia
  3. Vascular dementia
  4. Frontotemporal dementia
  5. Lain-lain; Parkinson, Huntington

Sedia dimaklumkan bahawa penyakit ini tidak mempunyai penawar dan mampu membuatkan fungsi badan penghidap mati secara perlahan-lahan.

Kredit: Hello Doktor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media