WhatsApp perkenal ciri tarikh luput Group yang sangat berguna

Digital
11 Apr 2023 • 4:30 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Tentu ramai yang hadapi masalah memiliki group WhatsApp yang terlalu banyak. Nak keluar daripada kumpulan sembang itu nanti akan ada tersinggung pula. Penyelesaian sementara adalah dengan melakukan arkib kepada kumpulan berkenaan. Namun, pada WhatsApp Beta, pembangunnya sedang menguji fungsi yang dikenali sebagai expiring group.

image is not available

Mengguna fungsi itu, individu yang mewujudkan kumpulan sembang baharu boleh menetapkan tempoh luput kumpulan itu. Melalui gambar tangkap layar yang dikongsikan, kita boleh tetapkan sama ada sehari, seminggu ataupun sebulan.

Fungsi expiring group di WhatsApp versi iOS pula dikatakan lebih menarik kerana ada fungsi untuk tetapkan tempoh luput khusus dengan memilih tarikh tertentu.

Buat masa sekarang, ciri expiring group adalah tersedia untuk WhatsApp beta Android 2.23.8.2 dan yang lebih baharu. Buat anda yang telah menyertai program beta, anda boleh periksa kemas kini aplikasi itu di Google PlayStore masing-masing.