#YTJT Rupanya Selama Ni Bayi Berkomunikasi Tanpa Kita Sedar, Ini 5 Bunyi Yang Ibu Perlu ‘Alert’

Family & Parenting
14 Apr 2023 • 5:13 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Mesti kita selalu dengar bayi menangis atau merengekkan? Tapi sebenarnya kita tahu atau tidak apa yang bayi mahukan? Sebenarnya bayi yang baru lahir ini akan berkomunikasi dengan ibu atau bapanya menggunakan 5 bunyi bayi.

Dalam pada itu, bayi-bayi di seluruh dunia ini juga akan berkomunikasi dengan bunyi dan bahasa mereka sendiri. Setiap bunyi dari bayi itu ada maksudnya tersendiri. Wow, menarik kan!

Berikut adalah 5 jenis bunyi bayi yang ibu baharu perlu tahu:

Neh – Sedang lapar

Oleh kerana, bayi tidak mempunyai gigi jadi untuk mengunyah makanan dan minuman mereka adalah melalui menghisap.

Bayi yang baru lahir ini mempunyai sucking reflex dimana mereka akan menghisap minuman atau makanan mereka. Jadi apabila bayi-bayi ini lapar mereka akan menangis dan membuat bunyi seperti sedang menghisap. Maka, bunyi Neh itu akan terhasil.

image is not available

Owh – Mengantuk dan mahu tidur

Bunyi ini terhasil apabila mereka sebenarnya sudah mengantuk dan mahu tidur. Tambahan, bunyi Owh itu terjadi apabila bayi menguap dan mulutnya akan menghasilkan bentuk oval.

Heh – Tidak selesa

Selalunya bunyi ini akan terhasil apabila bayi berada di dalam posisi yang mereka tidak selesa atau apabila ibu bapanya menukar lampin mereka.

image is not available

Eair – Sakit perut untuk membuang air besar atau cirit-birit

Bayi akan menghasilkan bunyi ini apabila mereka sedang sakit perut untuk membuang air besar.

image is not available

Eh – Sendawa atau mengeluarkan angin

Bunyi ini berlaku apabila mereka mempunyai angin di dalam perut dan ia perlu dikeluarkan. Lepas ni ibu- ibu baru dah boleh agaklah kan bayi kita mahu apa.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.