“Bau macam sampah” – Netizen Gesa KKM Pantau Kedai Hidang Air Bungkus Dalam ‘Mangkuk’ Berlendir

Entertainment
14 Apr 2023 • 6:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kepada mereka yang selalu lepak kedai mamak atau kedai tomyam, mesti selalu order air bungkus dalam mangkuk kan? Tapi, korang bayangkan kalau dapat mangkuk tu berlendir, kotor dan berbau, apa reaksi korang?

Baru-baru ini, telah tular sebuah ciapan di Twitter, mengenai seorang individu yang berkongsi kisahnya apabila dia berhadapan dengan situasi di kedai makan yang didakwa kotor dan tidak mengikut spesifikasi kebersihan yang ditetapkan.

Menerusi ciapan tersebut, dapat dilihat beberapa keping foto yang dimuat naik menunjukkan keadaan mangkuk yang disediakan sangat kotor.

Difahamkan, individu terbabit memesan air teh o ais dan diminta untuk dihidangkan dalam keadaan bungkus di dalam mangkuk.

image is not available

Walaubagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah keadaan mangkuk tersebut yang dikatakan kotor serta berbau macam sampah yang terjadi mungkin kerana mangkuk itu tidak dicuci dengan betul oleh pekerja kedai berkenaan.

Dalam kejadian yang berlaku di Bandar Tun Razak Cheras itu, individu berkenaan memberitahu bahawa bau yang datang dari mangkuk tersebut seakan-akan bau sampah.

image is not available

Susulan perkara tersebut mendapat perhatian warganet di Twitter, ada yang tampil dan memberitahu individu terbabit agar melaporkan kejadian tersebut kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya mereka dapat mengambil tindakan terhadap premis terbabit.

image is not available

Ruangan komen juga dipenuhi oleh netizen yang meluahkan rasa jijik melihat keadaan pasu tersebut serta meminta pihak berkuasa mengambil tindakan lanjut.

image is not available

Semoga jadi pengajaran dekat kita semua untuk check mangkuk atau pasu tu sebelum minum kat kedai mamak…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.